Photobucket

Tuesday, February 28, 2012

study weeek oh study week

Assalamualaikum sahabat -sahabat... emm hari ni dah masuk hari ke-3 dalam minggu study week namun baru sedikit sahaja subjek yang dihafal... hanya tinggal beberapa hari je lagi nk hadapi exam final semua pelajar kat sini dlm mood study..semua dh berlumba study...
ingat sahabat2 sekalian..study-study juga...jgn sido pulak ye... semoga sahabat-sahabat berjaya dgn cemerlang dalam exam kali ni.. usahalah semampumu...tapi jgn sesekali berakidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan tapi berimanlah bahawa TAWAKKAlmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA..itulah penentu kejayaanmu...kejayaan bukan milik sesiapa tapi adalah milik Allah,jadi seyakinnya sahabat pohon dariNYA semata. good luck final exam!!!!!
bercakap pasal study ni ramai yang akan stress bila dah telalu byk menghafal,membaca terutamanya jadi nk pesan sikit kat sini...bila dah rasa full, berhenti seketika sebaiknya pergi ambil wudhuk dahulu,baca al-Quran dahulu atau lakukan perkara selain study untuk mengelakkan kita boring ketika study... sebaiknya relaks...tenang dahulu... lepas itu baru sambung study balik ye... selamat mencuba sahabat-sahabat... jangan jadi seperti ini.....
akhir kata dari ana salam study week.... study itu jihad lawan nafsu... semoga berjaya dalam final exam

Friday, February 17, 2012

-Santai-di kembara Penyucian Jiwa Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sahabat2 sekalian...Alhamdulilah syukur kpd Ilahi,hari ini diberi kesempatan untuk menyambung coretan ana pada part2 ini....pada 11/2/12 program kami diteruskan lagi dgn aktiviti berkayak..sebelum kami mula berkayak, kami semua diberi tunjuk ajar oleh salah seorang sahabat muslimin kami.
sedikit maklumat dan tunjuk ajar dr beliau sebelum memulakan aktiviti berkayak
Wajah-wajah ceria Akhawat yang akan berkayak......
khusyuk mendengar taklimat dan terpancar wajah2 yg xsabar2 nak berkayak....
berlatih mendayung dahulu sebelum masuk dlm air...
bersama sahabat 1negeri,1sekolah,1kelas,1kos,dan 1universiti...insyAllah sahabat sehingga ke syurga....
selamat berkayak.....
sempat lagi bergambar Dijah Ismail dan Atin...
hai kayak bergerak sendiri ka??...tak mendayung pn Wan dan Zolilah...
ana dan sahabat Dijah Adnan...takut tu...tak pandai berkayak pn sebenarnya...
semangat Qayyum dan Raudah.... Inilah pengalaman baru ana....harap dapat berkayak lagi suatu hari nanti.... Hari ini juga merupakan hari terakhir kami di sini....pada waktu petangnya diadakan majlis penutup dan sesi bergambar beramai-ramai...
Presiden Jawatan Tindakan Kolej merangkap pengarah program kami kali ini menyampaikan sedikit ucapan dalam majlis penutup...
bacaan doa penutup....
ikhwah bergambar beramai-ramai....
akhawat pula bergambar beramai-ramai.... Setakat ini sahajalah yang ana dapat coretkan pengalaman ana dan sahabat2 semester 4 di kem Kembara Penyucian Jiwa...semoga kem sebegini dapat diadakan lagi untuk batch kami walaupun kami akan pergi ke UMKL tidak lama lagi.... entah dapat jumpa lagi atupun tidak...sahabat2... ingatlah ukhuwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana ALLAH....

Monday, February 13, 2012

-Santai-di Kembara Penyucian Jiwa part 1

Assalamualaikum...ana mulakan dgn menyebut nama tuhan Bismillahirrahmanirahim...semoga coretan kali ini mendapat keberkatan dr ilahi...emm kalau lihat pada tajuk post kali ini,agak2nya cerita apa yg bakal ana kongsikan dgn para pembaca sekalian???emm...sebenarnya ada la sedikit kaitan dgn tajuk di atas..kaitannya mcm mana??sabar dulu, nak cerita la ni..emm tajuk di atas ana ambil sempena kem yg baru ana sertai di merang terngganu..kem ni wajib di sertai oleh pelajar sem 4...bertemakan "kemantapan Ukhuwah Pemangkin generasi Rabbani" kem ini diadakan selama 3 hari bermula 9/3/12-11/3/12...
Di sini ingin ana kongsikan serba sedikit pengalaman yang ana dapat dalam setiap aktiviti yang di jalankan di sana.. bermula dgn slot 1 pada mlm 9/2/12 iaitu forum"Bingkisan Hati Ayah" yang disampaikan oleh ustaz Nor Hazrul.Banyak input yg kami dapat dari forum beliau.Syukran jazilan diucapkan kpd ustaz kerana mnjadi ayah kami selama hampir 2 tahun kami berada di sini...banyak ilmu yg kami dapat dr ustaz..semoga ilmu2 tersebut dapat kami amalkan dalam kehidupan kami.
program ni diteruskan lagi pada hari kedua 10/2/12...bermula dgn qiamulail berjemaah,seterusnya solat subuh dan kuliah subuh yang disampaikan oleh ust Alihanafiah Bin Norasid kepada muslimin dan kepada muslimat pula disampaikan oleh zaujahnya iaitu ustazah Nor SitiHashimah Bt.Abdul Halim.Kuliah subuh ini berbentuk permainan dimana kami dibahagikan kepada 8 kumpulan seterusnya kami diminta membincangkan tajuk yg diberikan untuk setiap kumpulan.Kumpulan ana diminta berbincang dan menjelaskan tajuk "Alhamdulillah bertuahnya aku menjadi wanita solehah".permainan yg berbentuk santai tapi banyak pengajaran yg kami dapat..
seterusnya selepas makan...program ini diteruskan lagi dgn forum "perkongsian Terbilang"...lupa pula nak bagitau kitaorg diminta makan dalam dulang untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama kitaorag...
Berbalik kepada forum tersebut,ahli panelnya bukan calang-calang orang..ketiga2 panel ini merupakan org yg hebat2.. Antaranya ialah ahli panel 1- Muhammad Alihanafiah,ahli panel 2- Hawari dan ahli panel 3 Mohd Syahid.Dalam forum ni banyak perkongsian yg diberikan kpd kami,antaranya pendedahan awal kehidupan di UMKL nanti..Dengan adanya perkongsian dan tunjuk ajar ini dapat lah kami, pelajar semester 4 yg bakal ke UMKL tidak lama lagi membuat persedian awal agar kejutan budaya dapat dielakkan di sana nanti..
Forum ini berakhir pada waktu tengah hari,ketika muslimin pergi menunaikan solat jumaat,kami muslimat juga mengaturkan agenda tersendiri,setelah selesai solat berjemaah di tepi pantai,kami adakan slot srikandi bersama kakak2 dari UMKL.
slot srikandi....
Pada petangnya..aktiviti diteruskan dengan jungle tracking... Kami diminta memasuki hutan di sebelah penginapan kami dan di minta meredah paya yang berdekatan..Banyak pengalaman yg dapat semasa aktiviti ini dijalankan..Walaupun susah untuk dilakukan tetapi kami tetap bersemangat.. mulakan dgn perjalanan di dalam hutan...semua kelihatan berhati2 kerana hutan ini agak curam bukitnya...
setelah tiba di puncak bukit...semua kelihatan letih tetapi melihat saja pemandangan laut yg indah dari atas..keletihan dan kepenatan itu bagaikan hilang dari diri kami..masing2 teruja dgn pemandangan ciptaan ilahi yang begitu cantik...
seturunnya kami dari bukit itu terpaksalah kami meredah paya..dalam keadaan geli dan jijik akan paya tersebut kami kuatkan semangat juga untuk mengharunginya hingga ke penghujungnya..
bersambung dalam -Santai-di Kembara Penyucian Jiwa part 2....