Photobucket

Monday, February 6, 2012

...:::PENGALAMAN SEM INI:::...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.... dgn mnyebut namaMu ya Allah ,sesungguhnya ana tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya dan melamar Mardhotillah(keredhaaNya)..InsyAllah...

Alhamdulilah hari ini ana dikurniakan sedikit masa untuk menulis atau mencoretkan sedikit coretan pengalaman hidup di bumi tarbiyah nilam puri ini,sepanjang sem ni..banyak pengalaman yg ana dpt melalui aktiviti yg diadakan di sini...ana mulakan dgn program yg diadakan pd awal sem ni dimana ana telah terpilih untuk mnjadi fasi untuk Kem imam Muda Tahfiz 2011..Kem ni disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menenengah...apa yg diberitahu,kem ni adalah merupakan program cuti sekolah.Kem ni berlangsung selama 3 minggu..Antara aktiviti yg dijalankan ialah,menghafal al-Quran,qiamulail,slot ceramah, dan praktikal pengurusan jenazah..sepanjang menjadi fasi untuk adik2 ni,pelbagai pengalaman yg ana dpt, baik pengalaman manis dan pengalaman pahit..tapi dgn kem ni jga telah mematangkan diri ana yg kurang pandai berdepan dgn org ramai..Alhamdulilah,dgn kem ni ana telah belajar byk perkara... ini sedikit gambar yg diambil sepanjang kem ini berlangsung...

Seterusnya..aktiviti yg diadakan pd awal bulan 1 ni.ialah kem Bahasa Arab bersama Prince of Songla Universiti..kem ni merupakan kem kali ke 2..setelah kem sebegini juga telah diadakan pd sem lepas. apa yang membezakan kem ini ialah tempatnya dimana, kem yang pertama dahulu diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya iaitu disini,tetapi kali ini,kem ini telah diadakan di Prince of Songla Universiti Hatyai,Thailand.Ana merupakan salah seorang peserta yang mengikuti kem ini..pelbagai pengalaman juga yang ana dapat apabila tiba di negara orang..dimana permandangan disana sangat cantik begitu juga tempat2 yang telah kami lawati sangat menarik.inilah pengalaman yang mungkin tak dapat ana lupakan..

Selepas pulang ke Malaysia hehe...emm tak la... selepas habis program di thai,sepulangnya ana ke Apium ni,ana dan sahabat majmuah(kelas) ana akan pergi ke selangor pula..huhuhu letih masih lagi terasa,tetapi atas sebab projek majmuah ana,iaitu kami diberi tugasan menganjurkan program di sekolah2,jadi ana kuatkan semangat juga untuk ke selangor walaupun penat dan letih...program ini merupakan assigment wajib kepada semester 4,dibawah subjek pembinaan sahsiah..dimana setelah berbincang kami bersepakat akan mengadakan program ini di Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani,Sabak Bernam Selangor...huhu jauh kan...kalau difikirkan memang susah nak buat program jauh2 ni..tapi atas kerjasama sahabat2 majmuah..semua benda jadi mudah...sama macam wonderpets kata apa yang penting??? KERJASAMA!!!!..kn betul x?emm setelah kami,ahli2 majmuah diberi tugasan masing2 untuk menguruskan program ini yang diberi nama GEMPAK"12 iaitu singkatan bagi Generasi Mukmin pemikiran kreatif...kami berjaya melaksanakannya...Alhamdullilah program GEMPAK''12 berlangsung dgn jayanya...terima kasih kpd semua sahabat2 ana yg telah sama2 bertungkus lumus menjayakan program ini...banyak pegalaman yg diperoleh sepanjang program...

Seterusnya...ialah pada 3 februari 2012, Kolej Kediaman Nilam Puri, telah mengadakan Malam Anugerah Kolej(MAK) kpd pelajar semester 4 dan peljar APIDS iaitu (Asasi Pengajian Islam Dan Sains) dimana kami akan meninggalkan bumi tarbiyah nilam puri ini tidak lama lagi...kerana akan menyambung pengajian kami di kampus utama iaitu di universiti Malaya pada bulan 9 nanti..jadi pihak kolej telah menganjurkan MAK ini bagi menghargai jasa pelajar2 sem 4ini seterusnya memberi anugerah kepada pelajar2 yang cemerlang..pilu dan sedih terpancar di muka2 semua peljar sem 4 kerana setelah 2 tahun kami bersama2 belajar di sini..pelbagai pengalaman onak dan duri dalam usaha menimba ilmu dari pensyarah2 yang hebat2 di sini kami tempuhi bersama... kini,hanya tinggal 5 minggu sahaja lagi kami akan berada di sini bersama menggali ilmu yang bermanfaat..
dalam masa yang tinggal 1 bulan lagi lebih kurang,ana sangat2 mengharap ukhuwah antara pelajar sem 4 ni akan terus terikat atas dasar keimanan..InsyAllah..


Ukhuwah itu bagai seutas tasbih,ada awal tiada penghujungnya...
Dicipta untuk mengingatiNya,Dibahagikan untuk cintaNya...
Dan diratib untuk RedhaNya....
setakat ini dahulu post ana kali ini...jika diberi kesempatan masa oleh Allah untuk terus menulis akan ana lakukan...InsyAllah...

No comments:

Post a Comment