Photobucket

Monday, February 13, 2012

-Santai-di Kembara Penyucian Jiwa part 1

Assalamualaikum...ana mulakan dgn menyebut nama tuhan Bismillahirrahmanirahim...semoga coretan kali ini mendapat keberkatan dr ilahi...emm kalau lihat pada tajuk post kali ini,agak2nya cerita apa yg bakal ana kongsikan dgn para pembaca sekalian???emm...sebenarnya ada la sedikit kaitan dgn tajuk di atas..kaitannya mcm mana??sabar dulu, nak cerita la ni..emm tajuk di atas ana ambil sempena kem yg baru ana sertai di merang terngganu..kem ni wajib di sertai oleh pelajar sem 4...bertemakan "kemantapan Ukhuwah Pemangkin generasi Rabbani" kem ini diadakan selama 3 hari bermula 9/3/12-11/3/12...
Di sini ingin ana kongsikan serba sedikit pengalaman yang ana dapat dalam setiap aktiviti yang di jalankan di sana.. bermula dgn slot 1 pada mlm 9/2/12 iaitu forum"Bingkisan Hati Ayah" yang disampaikan oleh ustaz Nor Hazrul.Banyak input yg kami dapat dari forum beliau.Syukran jazilan diucapkan kpd ustaz kerana mnjadi ayah kami selama hampir 2 tahun kami berada di sini...banyak ilmu yg kami dapat dr ustaz..semoga ilmu2 tersebut dapat kami amalkan dalam kehidupan kami.
program ni diteruskan lagi pada hari kedua 10/2/12...bermula dgn qiamulail berjemaah,seterusnya solat subuh dan kuliah subuh yang disampaikan oleh ust Alihanafiah Bin Norasid kepada muslimin dan kepada muslimat pula disampaikan oleh zaujahnya iaitu ustazah Nor SitiHashimah Bt.Abdul Halim.Kuliah subuh ini berbentuk permainan dimana kami dibahagikan kepada 8 kumpulan seterusnya kami diminta membincangkan tajuk yg diberikan untuk setiap kumpulan.Kumpulan ana diminta berbincang dan menjelaskan tajuk "Alhamdulillah bertuahnya aku menjadi wanita solehah".permainan yg berbentuk santai tapi banyak pengajaran yg kami dapat..
seterusnya selepas makan...program ini diteruskan lagi dgn forum "perkongsian Terbilang"...lupa pula nak bagitau kitaorg diminta makan dalam dulang untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama kitaorag...
Berbalik kepada forum tersebut,ahli panelnya bukan calang-calang orang..ketiga2 panel ini merupakan org yg hebat2.. Antaranya ialah ahli panel 1- Muhammad Alihanafiah,ahli panel 2- Hawari dan ahli panel 3 Mohd Syahid.Dalam forum ni banyak perkongsian yg diberikan kpd kami,antaranya pendedahan awal kehidupan di UMKL nanti..Dengan adanya perkongsian dan tunjuk ajar ini dapat lah kami, pelajar semester 4 yg bakal ke UMKL tidak lama lagi membuat persedian awal agar kejutan budaya dapat dielakkan di sana nanti..
Forum ini berakhir pada waktu tengah hari,ketika muslimin pergi menunaikan solat jumaat,kami muslimat juga mengaturkan agenda tersendiri,setelah selesai solat berjemaah di tepi pantai,kami adakan slot srikandi bersama kakak2 dari UMKL.
slot srikandi....
Pada petangnya..aktiviti diteruskan dengan jungle tracking... Kami diminta memasuki hutan di sebelah penginapan kami dan di minta meredah paya yang berdekatan..Banyak pengalaman yg dapat semasa aktiviti ini dijalankan..Walaupun susah untuk dilakukan tetapi kami tetap bersemangat.. mulakan dgn perjalanan di dalam hutan...semua kelihatan berhati2 kerana hutan ini agak curam bukitnya...
setelah tiba di puncak bukit...semua kelihatan letih tetapi melihat saja pemandangan laut yg indah dari atas..keletihan dan kepenatan itu bagaikan hilang dari diri kami..masing2 teruja dgn pemandangan ciptaan ilahi yang begitu cantik...
seturunnya kami dari bukit itu terpaksalah kami meredah paya..dalam keadaan geli dan jijik akan paya tersebut kami kuatkan semangat juga untuk mengharunginya hingga ke penghujungnya..
bersambung dalam -Santai-di Kembara Penyucian Jiwa part 2....

No comments:

Post a Comment